BN Negeri Sembilan hargai jasa Aminuddin pimpin kerajaan negeri

Iklan
Jalaluddin

SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan merakamkan penghargaan terhadap jasa Datuk Seri Aminuddin Harun sepanjang memimpin kerajaan negeri terdahulu.

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, apa saja tindakan baik yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar itu akan diteruskan oleh kerajaan hari ini.

Iklan
Iklan

"BN ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Menteri Besar iaitu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat yang telah memimpin kerajaan negeri bagi tempoh lapan tahun dan juga Kerajaan Perpaduan yang telah kita lalui sebelum ini.

"Apa pun tindakan yang telah beliau lakukan yang baik, insya-ALLAH kita dapat teruskan dan mana yang lemah itu dapat kita perbaiki," katanya ketika membahaskan anggaran Belanjawan Tambahan pada Persidangan Pertama (Khas), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada Selasa.

Iklan

Selain itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada ADUN Juasseh, Datuk Ismail Lasim yang dilantik sebagai Menteri Besar ke sembilan dan kesemua Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu.

ADUN Pertang itu menyatakan harapan supaya kepimpinan kerajaan negeri yang baharu dapat membawa satu kemajuan dan anjakan paradigma kepada pembangunan serta kesejahteraan di Negeri Sembilan.

Iklan

"Apa yang kita lakukan dalam semua aspek pendekatan pentadbiran, mesti memberikan kepada penumpuan k penambahbaikan dalam soal ekonomi, pelaburan dan yang paling utama sekali adalah untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat," katanya.