ANAK syarikat milik penuh dan sayap infrastruktur utama Khazanah Nasional Berhad, UEM Group Berhad (UEM Group) mengambil inisiatif mengibarkan bendera gergasi di ibu pejabatnya di Mercu UEM di Kuala Lumpur Sentral bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Jalur Gemilang gergasi berukuran 42 meter kali 21 meter dengan seberat 120 kilogram berkenaan mengambil masa kira-kira empat jam untuk dinaikkan dan dipasang merentasi tujuh tingkat bangunan setinggi 29 tingkat itu.