Jadual SPM 2026 dijangka umum hari ini

Iklan
Mohd Azam (empat dari kiri) menyerahkan replika kunci bas kepada pihak sekolah. Foto: ADILA SHARINNI WAHID

KOTA BHARU - Jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 dijangka diumumkan hari ini.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, pembentangan akan dilakukan Lembaga Peperiksaan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada Selasa dan sekiranya tiada isu berbangkit jadual berkenaan boleh terus dikeluarkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beberapa penambahbaikan dibuat terhadap jadual berkenaan selepas pihaknya mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk berkaitan susunan kertas peperiksaan yang mempunyai jumlah calon lebih kecil.

“Kami ambil semua pandangan dan lakukan penambahbaikan terhadap jadual peperiksaan tersebut melalui perbincangan dengan pihak-pihak yang terlibat.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas penyerahan bas sekolah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat di sini pada Selasa.

Mohd Azam (tiga dari kanan) menandatangani buku pelawat di SMKA Naim Lilbanat di Kota Bharu. Foto: ADILA SHARINNI WAHID

Iklan

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung keluhan ibu bapa calon SPM yang tertanya-tanya berhubung tarikh peperiksaan penting berkenaan.

Mohd Azam berkata, selain faktor keadaan cuaca, tempoh cuti sekolah juga diambil kira bagi memastikan pelaksanaan peperiksaan tidak menimbulkan implikasi kepada sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

“Sebab itu kami buat menambahbaikan dengan teliti,” katanya.

Mohd Azam berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Menteri Pendidikan dan memberikan gambaran awal mengenai cadangan perubahan jadual berkenaan..

“Kalau tidak ada apa-apa isu, kalau boleh tanda tangan dan kita akan keluarkan petang ini juga,” katanya.