Antara pelari maraton dan penunggang RXZ

Iklan
Keadaan berbeza kalau Bangsa RXZ bersedia patuh dengan pihak berkuasa sama macam pelari maraton, tetapi malangnya ada segelintir peserta susah untuk ikut arahan. Foto hiasan

RXZ Members adalah program perhimpunan motosikal yang paling berjaya dalam negara kerana penganjurannya sudah masuk edisi yang kelapan dan berjaya kumpul ratusan ribu peserta setiap kali diadakan.

Ia menjadi acara paling ditunggu pemilik dan peminat motosikal jenama Yamaha RXZ yang menjadi kegilaan bukan sahaja golongan berusia tetapi generasi muda.

Iklan
Iklan

Kehebatan RXZ Members dapat sokongan kuat daripada banyak pihak sehinggakan penganjur sudah menggelarkan komuniti itu sebagai ‘Bangsa RXZ’.

Disebabkan kehebatan dan kekuatan itulah penganjur mencadangkan supaya lebuh raya ditutup bagi memberikan laluan kepada para peserta untuk sampai ke destinasi yang ditetapkan.

Iklan

Namun cadangan itu nampaknya tidak mendapat sambutan positif daripada majoriti pengguna lebuh raya yang lain kerana bagi mereka ia bukan sahaja mengganggu lalu lintas malah penunggang motosikal tak membayar tol.

Selepas mendapat reaksi negatif, penganjur tampil dengan hujah balas dengan mempersoalkan persamaan antara program RXZ Members dengan acara larian maraton.

Iklan

Jadi Merak Jalanan pun hendak tumpang sekaki mengkritik cadangan penganjur. Ini kerana sejak edisi pertama lagi program itu telah menimbulkan pelbagai masalah.

Ramai yang terkorban dan mengalami kemalangan jalan raya, malah penduduk sekitar juga melahirkan rasa kurang senang mereka kerana kehadiran komuniti itu yang mengganggu keharmonian setempat.

Keadaan berbeza kalau Bangsa RXZ bersedia patuh dengan pihak berkuasa sama macam pelari maraton, tetapi malangnya ada segelintir peserta susah untuk ikut arahan.

Yang segelintir inilah ibarat nila setitik habis rosak susu sebelanga, jadi kita tidak mahu daripada setitik nila menjadi bertitik-titik nila. Cukuplah dengan nila yang ada.