BN boleh jadi kuasa dominan PRU16
Iklan
Penganalisis politik melihat kedudukan BN ketika ini lebih bersifat sebagai ‘kingmaker’ yang sedang membina semula kekuatannya. Gambar kecil dari kiri: Mujibu dan Sivamurugan.
PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa politik strategik atau ‘kingmaker’ apabila parti itu kini dilihat mempunyai pilihan untuk menentukan hala tuju kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Perkembangan itu susulan peningkatan momentum politik BN selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan kerjasama dengan BN di peringkat Persekutuan.