SHAH ALAM - Kebakaran hutan bukit seluas kira-kira 2.8 hektar berhampiran Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14 di sini berjaya dikawal daripada merebak.
Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.01 tengah hari Isnin sebelum jentera tiba di lokasi empat minit kemudian.