Nelayan disyaki jatuh bot ketika tarik pukat

Iklan
Maritim Malaysia melaksanakan operasi SAR seorang nelayan yang disyaki terjatuh di kedudukan kira-kira 27 batu nautika barat Tanjung Dawai pada Ahad.

ALOR SETAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang disyaki terjatuh di kedudukan kira-kira 27 batu nautika barat Tanjung Dawai pada Ahad.

Pengarah Maritim Zon Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kedah menerima maklumat berhubung kejadian, pada jam 4.23 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, laporan polis dibuat pemilik bot sebelum Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi mengaktifkan operasi SAR pada jam 5 petang.

"Operasi SAR diaktifkan selepas seorang awak-awak warga Thailand disyaki terjatuh ke laut ketika menarik pukat.

Iklan

"Mangsa dikenali sebagai Nattapong Phakhokthom, yang merupakan awak-awak bot nelayan tempatan (VNT)," katanya.

Seorang nelayan disyaki terjatuh ketika menarik pukat pada kedudukan kira-kira 27 batu nautika barat Tanjung Dawai.

Iklan

Menurut beliau, Bot Perkasa 1226 dari Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kedah diatur gerak ke lokasi bagi melaksanakan pencarian awal.

“Bagaimanapun, operasi terpaksa dihentikan sementara berikutan keadaan cuaca buruk dan laut bergelora yang boleh menjejaskan keselamatan anggota serta aset terlibat,” katanya.

Beliau berkata, operasi pencarian pada Isnin diteruskan dalam keadaan cuaca berada pada tahap baik.

Katanya, perkembangan berkaitan operasi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau kecemasan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kedah di talian 04 - 7310579 atau talian kecemasan 999.