NESCAFÉ agih 30,000 minuman di HPUSM Kubang Kerian, iktiraf peranan petugas kesihatan

Iklan
Petugas barisan hadapan menikmati detik rehat yang amat diperlukan bersama 'NGOPI Dulu dan Kekal Bersemangat Bersama'.

SHAH ALAM - Jenama kopi nombor satu di Malaysia, NESCAFÉ pada 10 dan 11 Ogos lalu menggerakkan kempen 'NGOPI Dulu dan Kekal Bersemangat Bersama' di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Inisiatif pemulihan tenaga tanpa henti selama 30 jam itu dilaksanakan bertujuan menyuntik semangat kakitangan hospital yang sentiasa menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini.

Iklan
Iklan

Pengurus Pemasaran Pengguna NESCAFÉ Malaysia, Khoo Sui Ying berkata, pihaknya percaya setiap cawan kopi mampu menjadi pemangkin keceriaan dan memberikan semangat buat kakitangan yang penat bekerja.

Menurutnya, atas dasar menyedari cabaran fizikal dan emosi dihadapi petugas hospital setiap hari telah mendorong NESCAFÉ menjalinkan kerjasama tersebut.

Iklan

Sui Ying (tengah) dan Timbalan Pengarah (Klinikal) HPUSM, Profesor Dr Zaidi Zakaria bersama-sama pasukan NESCAFÉ serta HPUSM.

"Bermula jam 6 pagi pada 10 Ogos hingga 12 tengah hari keesokannya, NESCAFÉ menyediakan stesen kopi di lokasi-lokasi utama HPUSM.

Iklan

"Lebih 30,000 hidangan minuman seperti NESCAFÉ Classic, NESCAFÉ 3-in-1 dan kopi sedia diminum diagihkan.

"Ia bukan sekadar secawan kopi kerana setiap hidangan menjadi sumber tenaga baharu dan ruang untuk berehat seketika," katanya dalam kenyataan.

Tambah Sui Ying, ia merupakan sebahagian usaha berterusan NESCAFÉ untuk menyuntik semangat dan memberikan sokongan kepada petugas kesihatan yang mengorbankan masa serta tenaga demi menjaga kesejahteraan rakyat.

Pihaknya juga berharap dapat memperluaskan inisiatif sebegini bagi menghargai lebih ramai wira negara sepanjang tahun.

NESCAFÉ memberikan motivasi dan optimisme kepada petugas kesihatan yang berkhidmat tanpa mengenal penat lelah setiap hari di HPUSM Kubang Kerian, Kelantan.

Jelasnya lagi, setiap cawan yang diagih melambangkan komitmen dan penghargaan NESCAFÉ untuk terus menyokong petugas barisan hadapan selaku tulang belakang sistem kesihatan negara.

"Susulan program serupa di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, Johor pada awal tahun, aktiviti di HPUSM ini juga sebahagian rangkaian inisiatif luas bagi menyuntik semangat komuniti.

"NESCAFÉ akan terus menyemarakkan inspirasi ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia melangkah ke hadapan, satu cawan pada satu masa," ujarnya lagi.

Stesen kopi khas 'NGOPI Dulu dan Kekal Bersemangat Bersama' di HPUSM Kubang Kerian, Kelantan.