KUALA LUMPUR - Kualiti udara semakin baik setakat jam 10 pagi Isnin berbanding malam tadi dengan hanya sebuah kawasan di Johan Setia, Selangor mencatatkan kualiti udara tidak sihat.
Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), kawasan itu merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 151.