Pemuda ditemui maut dalam tangki air

Iklan
Seorang pemuda ditemui maut dalam tangki air di kawasan Perindustrian Pasir Gudang. - Foto JBPM

PASIR GUDANG - Seorang pemuda ditemui maut dalam tangki air di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang di sini malam Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba II Firdaus Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut jam 9.51 malam.

Iklan
Iklan

"Setibanya bomba di lokasi kejadian, terdapat seorang mangsa lelaki berusia 26 tahun berada dalam tangki sw metal hydroxide sludge berkapasiti 15,000 m³.

"Mangsa berada pada kedalaman kira-kira 1.5 meter dalam tangki yang mempunyai ketinggian 20 kaki," katanya dalam kenyataan.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas tali penyelamat dan stretcher sehingga berjaya dinaikkan ke permukaan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

Iklan