Dua kereta terbakar di Jalan Kerinchi
Iklan
Gambar tular memaparkan anggota bomba sedang memadamkan kebakaran kereta di Jalan Kerinchi pada Ahad.
KUALA LUMPUR – Dua kereta terbakar dalam kejadian di Jalan Kerinchi di sini pada Ahad.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (JBPM KL) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan kebakaran itu melibatkan sebuah BMW dan sebuah Perodua Axia.
Iklan
Iklan
"Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada jam 9.53 malam berhubung kejadian itu.
"Susulan itu, seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai bersama dikejarkan ke lokasi," katanya.
Iklan
Menurutnya, setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati kebakaran membabitkan dua buah kenderaan.
"Sebuah BMW terbakar sepenuhnya manakala sebuah Perodua Axia mengalami kemusnahan kira-kira 30 peratus.
Iklan
“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah"><meta itemprop="description" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah
Kerja pembaikan ban yang pecah di Bukit Changgang selesai pada jam 3 petang pada Khamis, manakala kerja menambah tanah masih dilaksanakan bagi memperkukuh struktur berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury dan juruvideo, Yusrizal Yusuf.
Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menjalankan kerja penambahbaikan di kawasan ban berkenaan susulan masalah struktur yang terjejas akibat hentaman arus deras.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806378/edisi/selangor-kl/ban-bukit-changgang-beri-ruang-jps-lakukan-penambahbaikan---aiman-athirah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #RTBBukitChanggang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T09:02:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P261S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0fw7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0fw7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0fw7y"></script>