Pusat data, kera di hutan
Iklan
Pelaburan pusat data dijangka boleh mencecah RM500 bilion di masa akan datang. Foto hiasan
SEJAK beberapa tahun kebelakangan, suara yang menentang kehadiran pusat data ke kawasan mereka semakin lantang. Padahal, dengan perkembangan AI, saiz pasaran industri pusat data dijangka mencecah AS$300 bilion menjelang 2034, menawar peluang ekonomi yang menguntungkan.
Bayangkan jumlah pelaburan yang masuk untuk bina peti sejuk gergasi, sebesar padang bola sepak, tanpa tingkap yang dipenuhi rak besi tersusun menjulang tinggi mencecah siling.