Angkara sehelai kertas, nyawa hampir melayang
Iklan
Dua pelajar UiTM kemalangan gara-gara sehelai kertas tiba-tiba melekat pada bahagian hadapan topi keledar. Foto hiasan
DALAM dunia kewartawanan, terutama wartawan jenayah, mungkin ramai menyangka setiap hari pasti ada berita tentang jenayah. Samun, curi, bunuh, ragut dan pelbagai lagi kes seolah-olah sentiasa berlaku dan menunggu untuk dilaporkan.
Sebenarnya tidak. Ada hari kami langsung tidak mendapat sebarang maklumat. Kalau ada kes pun, mungkin ia tidak dilaporkan kepada polis atau belum sampai kepada pengetahuan wartawan.