Tiga kawasan catat IPU tidak sihat

Iklan
Pemandangan di pusat pentadbiran kerajaan sedikit terjejas akibat jerebu pada Ahad. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Tiga kawasan di dua negeri mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini, dengan dua daripadanya di Sarawak.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kawasan itu melibatkan IPD Serian yang merekodkan IPU 157, diikuti Samarahan (151).

Iklan
Iklan

Di Selangor, Johan Setia turut merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, iaitu 124.

Sementara itu, sebanyak 65 stesen di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Iklan

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.- Bernama

Iklan