Amaran ribut petir, angin kencang di 10 negeri - MetMalaysia

Iklan
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri serta dua kawasan Wilayah Persekutuan. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, ia melibatkan Perlis dan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Sik, Baling dan Pendang) serta Perak (Hulu Perak).

Iklan
Iklan

Amaran itu turut melibatkan Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Marang dan Kuala Terengganu), Pahang (Cameron Highlands, Bera, Rompin, Pekan dan Jerantut) serta Selangor (Hulu Langat, Sepang, Petaling, Gombak dan Kuala Langat).

Cuaca sama juga dijangka melanda Negeri Sembilan (Jempol, Tampin, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu dan Rembau), Johor (Segamat, Kota Tinggi dan Mersing) serta Sarawak (Miri, Marudi dan Limbang).- Bernama

Iklan
Iklan