'Khidmat Aminuddin masih diperlukan'- Anwar

Iklan
Anwar (kiri) bersama Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun pada Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh. Foto Bernama

AYER KEROH - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa khidmat Naib Pengerusi, Datuk Seri Aminuddin Harun masih diperlukan meskipun Pakatan Harapan (PH) tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan lalu.

Menurutnya, kekalahan tersebut bukan berpunca daripada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu, sebaliknya semua termasuk beliau sendiri.

Iklan
Iklan

"Soal lain yang dibangkitkan oleh kawan-kawan, saya boleh beri pertimbangan, tapi nak bagi kesabaran, tawaduk sikit. kalah ini bukan sebab Amin, sebab Anwar.

"Saya tak pernah nafikan itu sebab Ketua Cabang, sebab Ketua ranting, sebab semua kita," katanya dalam ucapan penggulungan di Kongres Nasional Keadilan 2026 di sini pada Ahad.

Iklan

Justeru, beliau meminta semua jentera parti menerima kenyataan tersebut dan sama-sama berusaha memperbaki segala kelemahan.

Tambahnya, tidak sepatutnya Aminuddin dipersalahkan kerana kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

Iklan

"Saudara Aminuddin...sahabat baik saya. Bukan saya nak beri pujian berlebihan, tapi kita letakkan sosok yang sederhana, akhlaknya baik, turun ke lapangan, kuliah subuh, maghrib, santusi masyarakat Melayu, Cina, India Orang Asli. Tentu tidak dapat puaskan semua pihak.

"Tapi kurang berhasil. Dia kalah dalam pertarungan sementara, tapi penilaian saya, penghormatan saya dan kebanggaan saya terhadap beliau lebih tinggi dari dulu," katanya.

Perdana Menteri itu berkata, ini kerana keyakinan dan semangat Aminuddin untuk terus berjuang demi parti tidak sedikit pun pudar.

"Jadi belajar dari pengalaman sosok tubuh yang berjuang, berkorban menerima kenyataan dengan sabar, tapi terus tekad untuk teruskan perjuangan dengan keadilan," katanya.

Sebelum ini, Aminuddin menyatakan kesediaan untuk menerima dengan hati terbuka keputusan parti berhubung kedudukannya sebagai Pengerusi PKR Negeri Sembilan.

Beliau mengambil maklum tuntutan enam Ketua Cabang negeri terbabit yang mahu beliau mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan PH pada PRN Negeri Sembilan lalu.

Pada PRN Negeri Sembilan, Aminuddin yang juga Ahli Parlimen Port Dickson bertanding di Dewan Undangan Negeri Linggi tewas di Linggi dalam saingan tiga penjuru berdepan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Mohd Faizal Ramli dari Barisan Nasional (BN) dan Zamri Md Said dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).