IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Negeri Perak Tahun 2026 di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada malam Sabtu.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.
Program tahunan itu dianjurkan bertujuan membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai identiti nasional dengan pemahaman dan penghayatan terhadap prinsip kedua Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
Sebanyak 20 acara dipertandingkan termasuklah Pertandingan Pidato Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Pertandingan Menulis Esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Pertandingan Mengarang Sajak, Pertandingan Poetry Writing, Pertandingan Melukis Poster, Pertandingan Melukis Karikatur, Pertandingan Bicara Berirama, Pertandingan Choral Speaking serta Pertandingan Koir.
Program pada malam berkenaan turut diserikan dengan persembahan daripada sebahagian pemenang pertandingan berkenaan.
Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar dalam sembah ucapannya berkata, pada tahun 2026, program ini telah mencatatkan penyertaan yang amat membanggakan dengan jumlah 214,095 penyertaan melibatkan 83.62 peratus murid sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negeri.
Katanya, pelaksanaan program ini telah dilaksanakan secara berperingkat, bermula di peringkat sekolah, diikuti peringkat daerah, dan seterusnya ke peringkat negeri,
"Peningkatan penyertaan sebanyak 15 peratus berbanding tahun sebelumnya turut membuktikan bahawa program ini semakin mendapat tempat dan terus menjadi platform yang signifikan.
"Pelbagai bidang diketengahkan melalui program ini, meliputi penguasaan bahasa dan kesusasteraan, kemahiran pengucapan awam, kreativiti seni visual serta bakat dalam seni persembahan, yang kesemuanya
berteraskan tema Kesetiaan kepada Raja dan Negara," katanya.
Pada program tersebut, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan hadiah kepada juara pertandingan pidato Bahasa Melayu sekolah menengah atas yang dimenangi Ifwat Arrafi Mohd Amin daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abd Razak, Bagan Datuk manakala Johnnes Abysia Edwin dari SMK Sungai Pari, Kinta Utara mengungguli pertandingan pidato Bahasa Inggeris kategori sekolah menengah atas.
Baginda turut berkenan menyampaikan hadiah bagi bicara berirama, sebutan korus dan koir bagi peringkat sekolah rendah, menengah rendah serta menengah atas.
Tuanku Zara pula berkenan menyampaikan hadiah kategori pertandingan menulis esei, mengarang sajak, melukis poster dan melukis karikatur, bagi kategori sama.
Baginda berdua kemudian berkenan melawat ke galeri pameran sebelum meninggalkan majlis.
Info keputusan pemenang
Menulis esei Bahasa Melayu (sekolah rendah)
1. Dalia Nabila Mohd Saiful (SK Tebuk Pancur, Kerian)
2. Nur Syafiqah Shamimi Syamsuddin (SK Permatang Pelandok, Hilir Perak)
3. Shaurah Nur Aafiah Shahrin Fais (SK Felda Lawin Utara, Hulu Perak)
Menulis esei Bahasa Ingeris (sekolah rendah)
1. Muhammad Arsyad Muhammad Faizul (SK Felda Lawin Selatan, Hulu Perak)
2. Aish Hakeem Abd Hamid (SK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar)
3. Nurfawizah Zahrah Mohd Faizal (SK Simpang Tiga, Bagan Datuk)
Menulis esei Bahasa Melayu (sekolah menengah rendah)
1. Nur Rizq Hasya Mohd Faizul (SMK Gerik, Hulu Perak)
2. Too Jia Hui (SMK Ayer Tawar, Manjung)
3. Muhammad Afi Nurol Khafiz (SMA Al-Ulum Al-Syar’iyyah, Bagan Datuk)
Menulis esei Bahasa Melayu (sekolah menengah atas)
1. Mawar Assyikin Zulkarnain (SMKA Slim River, Muallim)
2. Wong Zi En (SMK San Min, Hilir Perak)
3. Nouri Ibaidullah (SMK Tanjong Rambutan, Kinta Utara)
Menulis esei Bahasa Inggeris (sekolah menengah rendah)
1. Wong Yi Cheng (SMK Dato’ Sagor, Hilir Perak)
2. Arissa Raudhah Binti Muhamad Ashraf (SMK (F) Besout, Batang Padang)
3. Nur Husni Ahmad Saad (SMK Tengku Menteri, Larut Matang dan Selama)
Menulis esei Bahasa Inggeris (sekolah menengah atas)
1. Qistina Pang Yi Xynn (SMK Methodist ACS Sitiawan, Manjung)
2. Nurhanani Husna Roslan (SMK Buyong Adil, Tapah, Batang Padang)
3. Rhea Marissa Anthony (SMK Tarcisian Convent, Kinta Utara)
Mengarang sajak Bahasa Melayu (sekolah menengah)
1. Salehuddin Hazmin (SMK Lahat, Kinta Utara)
2. Marissa Surihana Mohamad Faisa (SMK Bidor, Batang Padang)
3. Dhia Khalishah Mohd Firdaus (SBP Integrasi Gopeng, Kinta Selatan)
Mengarang sajak Bahasa Inggeris (sekolah menengah)
1. Thong Ng Phei Yinn (SMK Shing Chung, Kuala Kangsar)
2. Beh Jia Yi (SMK Krian, Kerian)
3. Li Zheng Zi Shan (SMK Perempuan Methodist Ipoh, Kinta Utara)
Melukis poster (sekolah rendah)
1. Sam Rou Qi (SJKC Shing Chung, Kuala Kangsar)
2. Azzalea Kaesha Mohd Zubir (SK Bandar Behrang 2020, Muallim)
3. Dhia Eryna Sofiya Mohd Saiful (SK Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar)
Melukis poster (sekolah menengah)
1. Kho Chia Yue (SMJK Shing Chung, Kuala Kangsar)
2. Ghayatri Ravintharan (SMK Raja Perempuan, Kinta Utara)
3. Khoo Yi Hing (SMJK Perempuan Perak, Kinta Utara)
Melukis karikatur (sekolah menengah)
1. Maisarah Nabila Che Hafizie (SMK Seri Budiman, Hulu Perak)
2. Nurafrina Humaira Hirzuan (SMK Convent Ipoh, Kinta Utara)
3. Christine Ling Hui Mien (SMK Convent Manjung)
Pidato Bahasa Melayu (sekolah rendah)
1. Hana Nabila Nor Hisham (SK Lambor Kanan, Perak Tengah)
2. Muhammad Afif Mohammad Syafiq (SK Sri Kerian, Kerian)
3. Abdul Hadi Al Harith Zkyruddin (SK Taman Bersatu, Kinta Utara)
Pidato Bahasa Inggeris (sekolah rendah)
1. Nur Qashrina Muinuddin (SK Simpang Tiga, Bagan Datuk)
2. Kok Yang Kit (SJKC Poi Lam, Kinta Utara)
3. Keshmiraa Suresh (SK St Bernadette’s Convent, Kinta Selatan)
Pidato Bahasa Melayu (sekolah menengah rendah)
1. Nor Aiman Danish Nor Haslan (Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Kinta Utara)
2. Nur Auni Damia Zawahir (SMK Seri Perak, Hilir Perak)
3. Nur Alisha Shamsudin (SMK Panglima Bukit Gantang, Kerian)
Pidato Bahasa Melayu (sekolah menengah atas)
1. Ifwat Arrafi Mohd Amin (SMK Tun Abd Razak, Bagan Datuk)
2. Muhammad Haziq Danial Mohd Zul-Arshid (MRSM Gerik, Hulu Perak)
3. Mohamad Izz Danial Mohamad Halim (Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Kinta Utara)
Pidato Bahasa Inggeris (sekolah menengah rendah)
1. Weian Phuah Wei Yin (SMK Shing Chung, Kuala Kangsar)
2. Bryden Kang Lopez (SMK Krian, Kerian)
3. Khavya Guru Raja Guru (SMJK Nan Hwa, Manjung)
Pidato Bahasa Inggeris (sekolah menengah atas)
1. Johnnes Abysia Edwin (SMK Sungai Pari, Kinta Utara)
2. Adam Harith Ahmad Farid (SMK Buyong Adil, Tapah, Batang Padang)
3. Benedict Kang Lopez (SMK Krian, Kerian)
Bicara berirama Bahasa Melayu (sekolah menengah)
1. SMK Sentosa, Kinta Selatan
2. SMK Jelapang Jaya, Kinta Utara
3. SMK Agama Slim River, Muallim
Choral speaking (sekolah menengah)
1. SMK Tarcisian Convent, Kinta Utara
2. SMK King Edward VII, Larut Matang dan Selama
3. SMK Seri Iskandar, Perak Tengah
Pertandingan koir (sekolah menengah)
1. SMJK Sam Tet, Kinta Utara
2. Sekolah Seni Malaysia Perak, Kuala Kangsar
3. SMJK Nan Hwa, Manjung