Afdlin Shauki usul Ketua Cabang PKR dinamakan calon PRU

Iklan
Afdlin membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Keadilan pada Sabtu.

AYER KEROH – Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki Aksan mencadangkan supaya ketua cabang parti itu dinamakan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurutnya, ia bagi membolehkan mereka bekerja lebih awal untuk mendapatkan kepercayaan rakyat.

Iklan
Iklan

“Ini (usul) mungkin ada yang suka, ada yang tak suka. Tapi saya kena cakap.

Bagaimanapun ujar beliau, sekiranya ketua-ketua cabang yang dinamakan tidak menunjukkan prestasi yang baik mereka boleh diganti dengan yang lain.

Iklan

“Kalau dalam masa setahun lebih ini mereka tak berfungsi, tukar. Kalau mereka tak boleh buat, tukar.

“Tapi namakan mereka dulu sebagai calon supaya mereka boleh buat kerja, mereka mendapat kepercayaan oleh rakyat dan mungkin dapat bantuan daripada mereka yang ingin membantu,” katanya.

Iklan

Afdlin berkata, pendekatan berkenaan selari dengan usaha parti terbabit untuk membina gerakan politik yang mendapat kepercayaan rakyat.

Dalam pada itu Afdlin yang dalam keadaan sebak turut menyatakan kesediaan anggota parti berkenaan untuk terus menjadi pendukung perjuangan parti, selain menekankan bahawa perjuangan reformasi bukan sekadar untuk melawan tetapi membina negara.

“Datuk Seri Presiden, Datuk Seri dah pesan 30 tahun dulu, cuma kami yang lalai. Tetapi hari ini kami dengar dan kami bersedia.

“Kami bersedia menjadi tentera bagi Keadilan. Bagi kami amanah, bagi kami kedepan. Perjuangan kita bukan sekadar untuk melawan, perjuangan kita adalah untuk membina,” katanya.