KDM umum tarik sokongan terhadap GRS

Iklan
Priscella (duduk, dua dari kanan) bersama pimpinan tertinggi KDM semasa pertemuan Majlis Tertinggi KDM di Papar.

 

PAPAR - Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan keputusan untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Iklan
Iklan

Pemangku Presiden KDM, Priscella Peter berkata, keputusan itu dibuat menerusi Majlis Tertinggi parti berkenaan dalam perjumpaan tahunan KDM yang berlangsung di sini pada Sabtu.

"Hari ini kita telah mengadakan perjumpaan tahunan parti KDM untuk menentukan hala tuju parti kita. Kita juga telah membuat beberapa keputusan dalam ucapan saya sebentar tadi.

Iklan

"Apa yang penting ialah bagi persediaan menghadapi PRU akan datang, parti KDM bersama-sama Majlis Tertinggi telah memutuskan untuk bergerak tanpa berada dalam kerajaan GRS," katanya dalam sidang akhbar di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Priscella berkata, walaupun keputusan berkenaan bukan sesuatu yang mudah, langkah itu penting bagi menunjukkan hala tuju parti kepada rakyat dan akar umbi KDM.

Iklan

"Keputusan ini sememangnya berat, tetapi apa yang penting bagi kita ialah kita dapat menunjukkan kepada rakyat dan akar umbi bahawa kita mempunyai hala tuju untuk mereka.

"Jadi, langkah dan keputusan yang kita buat hari ini semata-mata untuk menunjukkan bahawa bukan apabila pilihan raya tiba atau apabila PRU tiba baru kita bertindak.

"Sebaliknya, sebelum itu kita perlu mengambil tindakan untuk menunjukkan kesungguhan dan mendapatkan semula kepercayaan akar umbi supaya rakyat tidak menganggap parti kita hanya bertindak ketika pilihan raya atau apabila Parlimen dibubarkan," katanya.