Warga emas maut terkena renjatan elektrik

Iklan
Lelaki warga emas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai maut akibat terkena renjatan elektrik di Taman Kinabutan Ria, Tawau.

TAWAU - Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di Taman Kinabutan Ria di sini, pada petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia 60-an ditemukan dalam keadaan tertiarap di tanah dan tidak sedarkan diri.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.09 pagi.

Mangsa berusia 60-an ditemukan dalam keadaan tertiarap di tanah dan tidak sedarkan diri.

Iklan

Katanya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 10 kilometer dari BBP Tawau.

"Menurut laporan, terdapat seorang mangsa tertiarap di atas tanah dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Iklan

"Pasukan bomba meminta bantuan pihak Sabah Electricity memotong bekalan elektrik di kawasan kejadian dan seterusnya pasukan bomba mengambil mangsa. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi ditamatkan pada 7.42 malam selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian," katanya.