Gempa bumi 7.7 magnitud landa Indonesia, amaran tsunami dikeluarkan

Iklan
Gempa bumi bermagnitud 7.7 menggegarkan wilayah Flores di Indonesia pada awal pagi Sabtu.

JAKARTA - Gempa bumi bermagnitud 7.7 menggegarkan wilayah Flores di Indonesia pada awal pagi Sabtu, menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) negara itu, lapor Xinhua.

Pusat gempa terletak 36 kilometer (km) di timur laut Mbay, wilayah Nusa Tenggara Timur, pada kedalaman 15 km, menurut BMKG yang turut mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa itu.

Iklan
Iklan

Gegaran kuat dirasai di beberapa kawasan, menyebabkan ramai penduduk yang panik bergegas keluar ke jalan untuk mencari tempat selamat, menurut laporan media tempatan.

Tiada laporan mengenai kemalangan jiwa setakat ini. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan