Tragedi awal pagi, tiga sekeluarga maut

Iklan
Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 4.11 pagi

KUANTAN - Pasangan suami isteri bersama seorang anak lelaki maut selepas terperangkap dalam kebakaran dua rumah di Desa Mawar 2, Muadzam Shah pada awal pagi Sabtu.

Dua lagi anak pasangan itu dan enam sekeluarga dari sebuah lagi rumah terbakar dilaporkan selamat.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 4.11 pagi sebelum sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah ke lokasi yang berada tiga kilometer dari balai untuk operasi pemadaman.

Pasangan suami isteri bersama seorang anak lelaki maut selepas terperangkap dalam kebakaran dua rumah di Desa Mawar 2, Muadzam Shah pada awal pagi Sabtu.

Iklan

Menurutnya, operasi dibantu anggota balai bantuan, BBP Chini.

"Salah sebuah rumah terlibat musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi rumah musnah 70 peratus dan melibatkan mangsa," katanya.

Iklan

Mohd Salahuddin berkata, rumah yang musnah terbakar dihuni lima sekeluarga termasuk tiga yang terkorban manakala rumah berikutnya dihuni enam sekeluarga yang semuanya selamat.

rumah yang musnah terbakar dihuni lima sekeluarga termasuk tiga yang terkorban manakala rumah berikutnya dihuni enam sekeluarga yang semuanya selamat.

"Pasukan bantuan dari BBP Chini bertindak membuat overhaul dan mencari mangsa yang terperangkap," katanya.