Persefahaman Pas-BN hadapi 'bahaya’ politik
Iklan
Ahmad (kanan) dan Idris (tengah) mengibarkan bendera Pas ketika nyayian lagu parti itu. FOTO SINAR HARIAN - ADILA SHARINNI WAHID
TUMPAT - [DIKEMAS KINI] Pas melalui Perikatan Nasional (PN) mengambil pendekatan untuk menjalinkan persefahaman dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan serta akan datang di Melaka selepas menilai wujud ancaman politik yang disifatkan sebagai “bahaya”.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, pendekatan itu diambil Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas menilai situasi politik semasa dan melihat keperluan untuk mewujudkan persefahaman antara parti Islam bagi menghadapi ancaman berkenaan.
Iklan
Iklan
“Bahaya ini tidak boleh dihadapi kecuali umat Islam, parti Islam, Melayu-Islam mesti bersama untuk menghalang kebangkitan ataupun kemaraan musuh Islam.
“Dalam konteks negara demokrasi, kalau kita tidak dapat menyatupadukan umat Islam dan parti Melayu-Islam ini, kemungkinan kita tidak dapat mempertahankan kekuatan Islam itu sendiri,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pas Tumpat di Kampung Sedar di sini pada Jumaat.
Turut hadir; Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad yang merasmikan jentera pilihan raya itu.
Iklan
Ahmad berkata, Pas memerlukan gabungan, pakatan dan persefahaman bagi menghadapi golongan berbahaya ini selain mengambil pendekatan yang lebih ringan kemudaratannya.
“Kalau tidak ada kesedaran dalam kalangan umat Islam dan juga parti-parti Melayu-Islam, mungkin kita akan terjebak dengan suasana yang sangat-sangat merugikan kita,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata seluruh jentera Pas perlu terus bergerak dan membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang boleh diadakan pada bila-bila masa.
“Saya yakin, semua sudah membuat persiapan di peringkat kawasan untuk menghadapi perjalanan ini.
“Setiap jentera perlu memastikan persiapan dibuat dengan lebih baik supaya parti itu dapat menghadapi PRU16 dengan lebih tersusun,” katanya.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan hubungan beliau dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini berada pada fasa retak menanti belah, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Dakwaan itu timbul selepas kedua-dua gabungan berkenaan memilih untuk tidak menjalin kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung pada Julai lalu dan PRN Negeri Sembilan pada Ogos lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792114/berita/politik/ada-gaduh-ke---anwar-tepis-dakwaan-hubungan-dengan-ahmad-zahid-retak#google_vignette
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.