Tiga hari hilang, dua pelajar MRSM Alor Gajah ditemui di Kuala Lumpur

Iklan
Polis menerima laporan membabitkan dua remaja perempuan berusia 16 tahun yang didakwa hilang sejak Selasa lalu.

SHAH ALAM - Dua pelajar Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu berjaya ditemukan polis di sekitar Central Market, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di media sosial pada awal pagi Sabtu.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, pihak Polis Bukit Aman telah berjaya menemui kedua-dua pelajar MRSM Alor Gajah, Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad yang dilaporkan hilang sejak Selasa di sekitar Central Market Kuala Lumpur, jam 10.31 malam tadi,” katanya.

Hantaran Facebook Asyraf Wajdi berhubung kes terbabit pada awal pagi Sabtu.

Iklan

Bagaimanapun, tiada perincian lanjut mengenai keadaan kedua-dua pelajar berkenaan buat masa ini.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan polis menerima laporan berhubung kehilangan kedua-dua pelajar berkenaan.

Iklan

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, laporan dibuat oleh guru pada jam 10.46 malam pada 11 Ogos lalu.

Beliau berkata, kedua-dua pelajar berusia 16 tahun itu ialah Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad.

Menurutnya, Siti Nur Aaira mempunyai ketinggian 157 sentimeter, berat 50 kilogram, berkulit gelap dan beralamat di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.

Seorang lagi pelajar, Nur Aisy Humaira mempunyai ketinggian serta berat sama dan berkulit cerah dengan terakhirnya adalah di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.