Debat Tabung Haji pun tak boleh?
Iklan
Sebahagian besar ahli Parlimen blok Pembangkan bertindak keluar dewan selepas permintaan penangguhan sidang khas Dewan Rakyat untuk membahaskan laporan RCI Tabung Haji ditangguhkan, ditolak Speaker.
PENGUNDI mana-mana ahli Parlimen yang memilih untuk memulaukan perdebatan tentang RCI Tabung Haji di Parlimen pada Selasa lalu patut tanya wakil mereka.
Apakah alasannya kerana PMX tak hadir? Bukankah mereka tahu bahawa PMX di hospital ketika itu? Apakah alasan sebenar mereka keluar kerana PMX tiada atau alasannya sidang itu hanya penerangan bukan usul atau pengundian?