Asap jiran, kita tanggung
Iklan
Bandaraya Kuching antara yang mencatatkan IPU tahap tidak sihat.
SEMALAM saya berada di Sarawak. Sebaik sahaja tiba, satu perkara sukar untuk tidak disedari: jerebu. Udara berkabus, jarak penglihatan terjejas dan bagi saya yang mengalami allergic rhinitis, hidung dan tekak memang cepat memberikan reaksi.
Lebih membimbangkan, lebih 100 sekolah di daerah Serian terpaksa ditutup sementara apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melepasi paras 200.