Keluar kerajaan, berbaloikah buat DAP?
Iklan
Sama ada keluar Kerajaan Perpaduan atau tidak, DAP sememangnya berdepan laluan berliku dalam mengembalikan sokongan pengundi bukan Melayu menjelang PRU16. Gambar kecil Dr Bilcher Bala (Kiri), Dr Ong Kian Ming dan Ronnie Liu
SHAH ALAM – Kekal dalam kerajaan memberi DAP akses kepada kuasa dan ruang melaksanakan reformasi dari dalam tetapi tindakan keluar pula memberikan tekanan politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dilema itu bakal diputuskan 4,264 perwakilan pada Kongres Kebangsaan Khas DAP Ahad ini apabila mereka menentukan sama ada lima menteri dan tujuh timbalan menteri parti berkenaan perlu terus berada dalam pentadbiran atau meletakkan jawatan.