Kadangkala, kita tak perlukan percutian mahal atau aktiviti yang luar biasa untuk mencipta kenangan bersama keluarga.
Gelak tawa anak-anak atau sekadar berjalan-jalan membeli barangan keperluan pun boleh menjadi momen yang manis untuk dikenang. Begitulah istimewanya perkara-perkara kecil dalam hidup.
Sempena ulang tahun ke-100 watak ikonik Winnie the Pooh, Lotus’s Malaysia mengajak keluarga di seluruh negara menikmati momen-momen kecil itu menerusi kempen Little Moments, Big Smiles With Pooh yang berlangsung dari 3 Ogos hingga 30 September 2026.
Bertemakan ‘Saat Kecil, Senyuman Besar Bersama Pooh’, kempen ini bukan sekadar tentang membeli-belah atau mengumpul barangan bertemakan karakter kesayangan ramai.
Sebaliknya, ia mengubah rutin membeli-belah menjadi peluang untuk ibu bapa dan anak-anak meluangkan masa bersama, bermain, berkreativiti dan mencipta kenangan baharu.
Sudah 100 tahun Winnie the Pooh menemani pelbagai generasi dengan kisah tentang persahabatan, kasih sayang dan kegembiraan dalam menghargai perkara sederhana.
Pengarah Eksekutif, Khidmat Korporat, Azliza Baizura Azmel berkata, nilai-nilai tersebut yang menjadi inspirasi kepada Lotus’s Malaysia untuk membawa dunia Pooh lebih dekat kepada keluarga.
“Bagi kami, kempen ini bukan sekadar meraikan ulang tahun ke-100 Winnie the Pooh. Ia adalah tentang menghargai kebersamaan keluarga, mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dan meraikan detik-detik kecil yang membawa senyuman kepada setiap generasi,” kata Azliza Azmel.
Jom cipta momen baharu
Kempen ini menawarkan lebih 50 unit penyimpanan stok (SKU) eksklusif Winnie the Pooh yang sesuai untuk kegunaan harian atau dijadikan hadiah.
Antaranya termasuk set peralatan tempat tidur, patung lembut (plush), barangan dapur, bekas penyimpanan makanan, keperluan perjalanan, produk bayi, barangan hadiah dan Blind Box.
Harganya pula bermula serendah RM7.90, dengan koleksi premium mencecah RM129.
Jadi, peminat Pooh boleh memilih sesuatu yang sesuai dengan bajet masing-masing sambil membawa pulang sedikit nostalgia.
Lebih menarik, pengalaman tidak berhenti di rak barangan. Pelanggan yang membuat pembelian minimum RM25 bagi produk Winnie the Pooh berpeluang menyertai Honey Slime Making Workshop dan Terrarium Workshop di cawangan terpilih.
Aktiviti sebegini bukan sahaja menyeronokkan untuk kanak-kanak, malah memberi ibu bapa peluang untuk turut serta, berbual dan menghasilkan sesuatu bersama anak-anak. Ringkas, tetapi cukup bermakna!
Pooh kembali, bawa seribu satu senyuman
Kempen ini berlangsung di 32 cawangan Lotus’s seluruh Malaysia, dengan enam cawangan utama menampilkan Zon Pengalaman Winnie the Pooh.
Zon tersebut hadir di Lotus’s Kepong dari 6 hingga 9 Ogos, Lotus’s Ampang (13 hingga 16 Ogos), Lotus’s Cheras (20 hingga 23 Ogos), Lotus’s Setia Alam (27 hingga 31 Ogos), Lotus’s Tanjung Pinang (3 hingga 6 September) dan Lotus’s Bukit Indah (10 hingga 13 September).
Pengunjung boleh menikmati dekorasi bertemakan Pooh, melihat koleksi eksklusif, bergambar dan menyertai aktiviti mesra keluarga.
Apa yang menjadikan kempen ini istimewa ialah nostalgia yang dikongsi merentas generasi. Ibu bapa yang membesar dengan kisah Winnie the Pooh kini berpeluang memperkenalkan watak tersebut kepada anak-anak dalam suasana yang lebih dekat dengan kehidupan seharian.
Akhirnya, mungkin bukan nilai hadiah atau kemeriahan aktiviti yang paling diingati. Sebaliknya, senyuman, gelak tawa dan masa yang diluangkan bersama keluarga.
Seperti semangat Winnie the Pooh, kadangkala saat yang paling kecil itulah yang meninggalkan kenangan paling besar.