Asyraf Wajdi saman RM5 juta pemilik akaun fitnah isu Tabung Haji

Iklan
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan peguamnya untuk menyerahkan Notis Tuntutan (LOD) bagi memulakan saman sebanyak RM5 juta kepada pemilik-pemilik akaun berhubung hantaran berunsur fitnah dan mengaibkan berkaitan isu Tabung Haji.

Asyraf Wajdi berkata, bermula petang ini, secara berperingkat LOD akan mula disediakan dan diserahkan kepada pemilik-pemilik akaun berkenaan.

Iklan
Iklan

"Ia berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi dan mencemarkan maruah saya melalui penyebaran dakwaan yang tidak benar," katanya menerusi hantaran Facebook pada Jumaat.

Tambah Asyraf Wajdi, sebagaimana saman-saman terdahulu, beliau bertekad untuk menyalurkan setiap sen wang yang diterima dan ditentukan oleh mahkamah kelak ke Yayasan Pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menfaat pelajar-pelajar miskin, yatim dan susah.

Iklan

"Bukan wang yang saya cari, tapi insya- ALLAH, ALLAH akan tunjukkan kebenaran di muka pengadilan," jelasnya.

 

Iklan