Kanopi Residences capai 90 peratus pengambilan, struktur siap

Iklan
Simbolik majlis penyiapan struktur utama bagi Kanopi Residences.

PEMBANGUNAN kediaman bertingkat tinggi pertama Sime Darby Property Berhad di Elmina City Centre, Kanopi Residences kini mencapai tahap siap struktur dan merekodkan kadar pengambilan sebanyak 90 peratus sejak dilancarkan pada suku keempat 2024.

Pembangunan pegangan bebas bernilai pembangunan kasar (GDV) RM299 juta itu dijadualkan siap pada suku ketiga 2027.

Iklan
Iklan

Kanopi Residences merupakan sebahagian daripada pembangunan Elmina City Centre seluas 350 ekar, berada dalam pelan induk City of Elmina seluas 6,500 ekar.

Pembangunan setinggi 36 tingkat berkenaan merangkumi 499 unit dengan keluasan antara 550 hingga 1,200 kaki persegi, menawarkan susun atur terbuka fleksibel yang disasarkan kepada golongan profesional muda, pembeli rumah kali pertama dan keluarga baharu.

Iklan

Kanopi Residences kini mencapai tahap siap struktur dan merekodkan kadar pengambilan sebanyak 90 peratus sejak dilancarkan pada suku keempat 2024.

Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Perbandaran Sime Darby Property, Appollo Leong berkata, pencapaian tahap struktur tertinggi tersebut menunjukkan komitmen kumpulan dalam memastikan pembangunan berkualiti disiapkan mengikut jadual, selain memenuhi kepercayaan pembeli.

Iklan

Menurutnya, perkembangan Kanopi Residences turut menyokong visi Sime Darby Property dalam membangunkan konsep bandar 15 minit di Elmina City Centre, dengan kemudahan harian seperti premis komersial, sekolah, taman dan rangkaian akses berada dalam jarak 15 minit berjalan kaki atau berbasikal.

"Di Kanopi Residences, penduduk boleh tinggal, bekerja dan berhubung dalam sebuah perbandaran yang dirancang dengan baik, selaras dengan tujuan kami untuk menjadikan hartanah sebagai pemangkin nilai kepada masyarakat, perniagaan, ekonomi dan alam sekitar," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Kanopi Residences direka berasaskan konsep kehidupan mengintegrasikan alam semula jadi, mengambil inspirasi daripada Hutan Simpan Bukit Cherakah yang terletak bersebelahan.

Pembangunan tersebut menyediakan lebih 35 kemudahan bertemakan kesejahteraan, termasuk Co-Working in the Sky, Lounge in the Sky dan Fitness in the Sky, selain kemudahan rekreasi dan komuniti di Aras tujuh.

Kanopi Residences merupakan sebahagian daripada pembangunan Elmina City Centre seluas 350 ekar, berada dalam pelan induk City of Elmina seluas 6,500 ekar.

Dari aspek akses, Kanopi Residences mempunyai hubungan ke Lebuhraya Koridor Guthrie dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), manakala Elmina Lakeside Mall terletak kira-kira 300 meter dari pembangunan berkenaan.

Taman Pusat Elmina seluas 300 ekar turut berada dalam jarak berjalan kaki dan merangkumi taman bandar, komuniti, seni dan budaya, hidupan liar, hutan serta sukan yang dihubungkan melalui koridor biodiversiti sepanjang lima kilometer.

Pembangunan itu juga berhampiran beberapa sekolah kebangsaan dan antarabangsa, termasuk Sekolah Kebangsaan Denai Alam, Sekolah Kebangsaan Bukit Subang, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Rasak, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Regent Elmina dan Sekolah Menengah Akademik Chong Hwa.

Sementara itu, Sime Darby Property berkata, kadar pengambilan 90 peratus sejak pelancarannya menunjukkan sambutan pasaran yang menggalakkan terhadap Kanopi Residences di Elmina City Centre.

Projek berkenaan turut menerima Anugerah Emas dalam kategori Pembangunan Bertingkat Tinggi Gaya Hidup Terbaik pada PropertyGuru Asia Property Awards Malaysia 2025, sebagai pengiktirafan terhadap pendekatan reka bentuk dan penawaran kediamannya.