Di mana Farzanah Nabila?

Iklan
Farzanah Nabila mempunyai ketinggian kira-kira 155 sentimeter dengan berat 42 kilogram.

KAJANG – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Jasmin di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Farzanah Nabila Abdullah pada jam 1.20 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Remaja berkenaan dipercayai hilang pada jam 12.20 tengah malam hari sama.

"Lokasi terakhir remaja berkenaan dikesan adalah di Jalan Jasmin Taman Jasmin di sini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, Farzanah Nabila mempunyai ketinggian kira-kira 155 sentimeter dengan berat 42 kilogram.

“Remaja berkenaan mempunyai rambut lurus dan panjang serta berkulit langsat,” katanya.

Iklan

Sehubungan itu, Naazron memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan remaja terbabit supaya tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

"Orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ditalian 03-89114222, atau Pegawai Penyiasat Sarjan Amiruddin Abdul Hamid ditalian 013-230415," ujarnya.