SAR Muhamad Rayyan: Radius pencarian dipeluas 6km dari lokasi hilang

Iklan
Operasi mencari mangsa diteruskan oleh pasukan SAR. FOTO JBPM

KUALA KRAI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Aur Duri di sini masih belum menemukan sebarang petunjuk baharu.

Usaha mencari pelajar Tingkatan Dua, Muhamad Rayyan Hakimie Mohd Yusmiza, 14, berkenaan diteruskan pada hari keempat.

Iklan
Iklan

Rakannya, Muhammad Lut Na’iman Mohd Noor Aziron, 14, yang lemas ditemukan di dasar sungai pada jam 9.10 pagi Khamis, kira-kira 50 meter dari lokasi kedua-dua mangsa dipercayai terjatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penguasa Bomba Kanan Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, radius pencarian diperluaskan sehingga 6 kilometer dari lokasi hilang.

Iklan

“Pencarian lebih tertumpu kepada kaedah pencarian di permukaanmenggunakan bot penduduk kampung dengan menyusuri sungai di sepanjang kawasan yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Lokasi mangsa lemas di Sungai Kelantan di Kuala Krai. FOTO JBPM

Iklan

Akhbar sebelum ini melaporkan, kegembiraan lima sabahat mandi sungai Selasa lalu bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas.

Nik Ahmad Afsham berkata, SAR melibatkan 56 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pasukan Penyelamat Di Air.

“Ada beberapa lagi agensi lain serta penduduk kampung yang turut membantu.

“Anjing pengesan Frankie dari Unit Anjing Pengesan Ibu Pejabat JBPM Kuala Lumpur bagi mengesan mangsa di sepanjang pesisir sungai,” katanya.