PKR Pahang siasat dakwaan penerima bakul makanan didaftar sebagai ahli parti
Iklan
Zukri menjelaskan, pihaknya mengambil serius perkara tersebut.
KUANTAN – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang akan mendapatkan penjelasan lengkap berhubung dakwaan penerima bakul makanan di Cenderawasih didaftarkan sebagai anggota parti tanpa pengetahuan mereka.
Setiausahanya, Zukri Aksah berkata, pihaknya mengambil serius perkara itu susulan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang dan laporan media berhubung dakwaan berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, setiap permohonan keanggotaan parti mestilah dibuat secara sukarela dengan pengetahuan dan persetujuan jelas daripada pemohon.
“Berhubung kejadian di Cenderawasih, PKR Pahang akan mendapatkan penjelasan lengkap daripada pihak penganjur dengan meneliti tatacara yang digunakan, termasuk penerangan kepada penerima, pengendalian maklumat peribadi dan proses pendaftaran melalui aplikasi ADIL serta pengesahan eKYC.
Iklan
"Prosedur operasi standard berkaitan agihan bantuan dan pendaftaran anggota di seluruh Negeri Pahang juga akan diteliti serta diperkemas bagi mengelakkan kejadian serupa,” katanya pada Jumaat.
Terdahulu, tular dakwaan seorang penerima kotak bantuan dari Perkampungan Cenderawasih yang rasa tertipu selepas didaftarkan sebagai ahli parti politik tanpa disedari.
Iklan
Individu tersebut mendakwa perkara tersebut berlaku ketika mengambil bantuan dalam program anjuran Pusat Komuniti Madani Parlimen Indera Mahkota pada Ahad lalu yang mana kad pengenalannya diambil gambar oleh petugas dengan alasan untuk tujuan rekod semata-mata.
Susulan itu, Chun Kuang menggesa PKR menjalankan siasatan dan tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya terdapat sebarang pelanggaran prinsip atau tatacara yang ditetapkan bagi memastikan segala tuduhan dapat diperjelaskan.
Mengulas lanjut, Zukri berkata, parti tersebut menghormati persoalan yang dibangkitkan dan komited memastikan setiap program parti dilaksanakan secara telus, berintegriti dan menghormati pilihan rakyat.
"Keanggotaan parti mestilah lahir daripada keyakinan terhadap perjuangan PKR, bukannya melalui paksaan atau salah faham," tegasnya.
Dalam pada itu, Zukri memberitahu, dalam usaha menyantuni masyarakat serta anggota baharu di negeri ini, parti berkenaan dari semasa ke semasa melaksanakan program kebajikan, ziarah dan penghargaan termasuk melalui pemberian bakul makanan.
Jelasnya, bakul makanan yang dikelolakan oleh parti dibiayai daripada sumber parti dan sumbangan pelbagai pihak, bukannya peruntukan rasmi Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri.
Beliau menambah, agihannya juga tidak terhad semata-mata kepada golongan miskin atau mereka yang memerlukan, malah boleh menjadi sebahagian daripada program kemasyarakatan dan penghargaan kepada anggota baharu yang telah menyertai parti secara sukarela.
"Walau bagaimanapun, kita menegaskan bahawa pemberian bakul makanan tidak boleh dijadikan syarat, balasan atau dorongan bagi seseorang mendaftar sebagai anggota parti.
"Tiada dasar atau arahan parti yang membenarkan sebarang bentuk paksaan dalam urusan keanggotaan," katanya lagi.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan hubungan beliau dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini berada pada fasa retak menanti belah, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Dakwaan itu timbul selepas kedua-dua gabungan berkenaan memilih untuk tidak menjalin kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung pada Julai lalu dan PRN Negeri Sembilan pada Ogos lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792114/berita/politik/ada-gaduh-ke---anwar-tepis-dakwaan-hubungan-dengan-ahmad-zahid-retak#google_vignette
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.