Lelaki ditetak guna parang dalam pergaduhan

Iklan
Sarudin (gambar kecil) berkata, polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

SHAH ALAM – Seorang lelaki cedera parah selepas ditetak menggunakan parang dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Kemuning Batu 8 Sri Muda di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan yang berlaku pada jam 11 pagi itu.

Iklan
Iklan

"Mangsa berusia 38 tahun itu mengalami kecederaan parah pada tangan kiri akibat ditetak menggunakan sebilah parang dan kini menerima rawatan di Hospital Klang.

Sarudin berkata, polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Iklan

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata serta Seksyen 8 Akta Senjata 1960 kerana memiliki objek yang menyerupai senjata api.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Shamsiah Noor Zakaria di talian 012-830 8706 bagi membantu siasatan," ujarnya.

Iklan