Warga Pakistan dalang sindiket lerai, jual komponen kenderaan lusuh tumpas

Iklan
JIM menumpaskan sindiket lerai dan jual komponen kenderaan lusuh yang didalangi warga Pakistan di Kapar, Klang pada Rabu. Foto: JIM

SHAH ALAM - Sindiket didalangi warga Pakistan yang aktif menjalankan kegiatan melerai serta menjual komponen kenderaan lusuh serta kenderaan curi yang di sekitar Jalan Kapar, Klang tumpas pada Rabu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, tindakan penguatkuasaan telah digerakkan pada jam 4.30 petang hasil maklumat dan risikan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi membawa kepada tangkapan 20 warga asing terdiri daripada 17 lelaki warga Pakistan serta dua dua lelaki dan seorang wanita Indonesia.

Premis dipercayai dijadikan sebagai rumah penampungan PATI diserbu JIM pada Rabu. Foto: JIM

Iklan

"Penahanan warga Indonesia ini juga telah membawa kepada keterlibatan sindiket ini dalam pengurusan penyediaan rumah penampungan bagi pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menunggu untuk dihantar pulang ke negara asal dengan bayaran yang dikenakan sekitar RM5,000 ke RM10,000 seorang.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memandang serius sebarang penglibatan warga asing dalam kegiatan jenayah terancang yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

Iklan

Tambahnya, JIM akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan agensi penguatkuasaan berkaitan bagi mengesan dan mengambil tindakan tegas terhadap warga asing serta rangkaian sindiket yang terlibat.

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat melindungi, menggaji atau bersubahat dengan warga asing tanpa dokumen sah," ujarnya.

Antara warga Pakistan yang ditahan ketika operasi dilaksanakan JIM di Kapar, Klang pada Rabu. Foto: JIM

Kata Zakaria, pihaknya juga komited mempertingkatkan operasi penguatkuasaan di seluruh negara bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).