PH berisiko hilang 27 kerusi Parlimen
Iklan
Pengundi warga emas menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRN Negeri Sembilan ke-16 di Pusat Pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kelpin, Jalan Tok Ungku, Taman Ujong, Seremban pada 1 Ogos lalu. Foto fail Bernama
SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) berdepan risiko kehilangan 27 kerusi Parlimen, termasuk Tambun yang disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mencapai persefahaman satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, berdasarkan keputusan PRU15, jumlah undi BN dan PN di kerusi terbabit secara matematik mengatasi undi PH.