Falsafah perjuangan Wawasan berasaskan nilai
Iklan
Hamzah ketika mengumumkan Parti Wawasan Negara dalam satu majlis di Tanah Merah, Kelantan pada Jun lalu.
“DEMI untuk menjalankan usaha menyeru kepada kebaikan dan kesejahteraan, maka dengan ini ditubuhkan Parti Wawasan Negara (Wawasan) sebagai wadah perjuangan rakyat Malaysia yang menjadi cerminan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta demokrasi yang matang, dalam rangka membina Malaysia yang lebih baik berteraskan gagasan Konsensus Nasional Baharu dengan tiga tonggak utama iaitu matlamat bersama, kemakmuran bersama dan tadbir urus berperikemanusiaan.”
Perenggan ini adalah falsafah perjuangan Wawasan. Ia tercatat dalam perlembagaannya yang diluluskan Mesyuarat Khas Perwakilannya pada 7 Ogos lalu.