‘Saya masih kekal dalam Kerajaan Perpaduan’ – Yusof Apdal

Iklan
Mohammad Yusof

LAHAD DATU - Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohammad Yusof Apdal pada Khamis menafikan dakwaan bahawa beliau meletakkan jawatan dan menarik diri daripada Kerajaan Persekutuan.

Beliau ketika dihubungi Bernama pada Khamis berkata dakwaan yang tular di media sosial itu adalah tidak benar dan berniat jahat.

Iklan
Iklan

Beliau berkata penyebaran maklumat palsu seumpama itu bukan sahaja mengelirukan orang awam malah berniat untuk memburukkan nama baik beliau.

Mohammad Yusof yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu daripada Parti Warisan turut meminta orang ramai agar tidak menyebarkan berita yang belum disahkan dan sentiasa merujuk kepada sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat serta sahih.

Iklan

Terdahulu, satu kiriman media sosial yang tersebar mendakwa Mohammad Yusof membuat keputusan untuk menarik diri daripada jawatan Timbalan Menteri berkuat kuasa pada Khamis. - Bernama 

 

Iklan