Tiga hari tewaskan 'kerbau sungai' seberat 268.9kg

Iklan
Program Mitigasi Ikan Baung Ekor Merah di Sungai Karang, Hulu Selangor berjaya mendaratkan pelbagai saiz ikan invansif.

SHAH ALAM - Program pemburuan ikan asing invansif di Sungai Karang, Hulu Selangor baru-baru ini merekodkan tangkapan 26 ekor ikan baung ekor merah dengan berat 268.9 kilogram.

Program Mitigasi Memburu Ikan Baung Ekor Merah itu digerakkan Jabatan Perikanan (DOF) Negeri Selangor dengan kerjasama MyKomuniti Perikanan Sungai Karang selama tiga hari bermula Isnin.

Iklan
Iklan

Pengarah Perikanan Negeri Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, daripada jumlah itu, ikan baung ekor merah terberat dinaikkan ialah 31 kilogram (kg).

"Program dengan penyertaan 31 nelayan darat juga merekodkan pelbagai saiz tangkapan baung ekor merah. Paling kecil ialah seberat 400 gram.

Iklan

"Pada 11 Ogos (Selasa), 16 ekor baung ekor merah dinaikkan, manakala hari ketiga (Rabu) berjaya mendaratkan 10 ekor," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

---

Ikan baung ekor merah bersaiz gergasi berjaya didaratkan menerusi tiga hari pelaksanaan program mitigasi di Sungai Karang, Hulu Selangor bermula Isnin.

Iklan

Noraisyah berkata, semua pihak mempunyai tanggungjawab yang kritikal untuk tidak melepaskan ikan asing invasif ke perairan umum bagi melindungi ekosistem sungai serta ikan asli tempatan.

Tegasnya, laporkan kepada DOF sekiranya melihat mana-mana individu atau pihak industri yang sengaja atau cuai melepaskan ikan asing ke dalam sungai.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, seekor baung ekor merah atau popular dengan gelaran 'kerbau sungai' seberat 31kg didaratkan menerusi program mitigasi terbabit.

Timbalan Pengarah Perikanan Negeri Selangor, Ahmad Redzuan Ramli dilaporkan berkata, jumlah tangkapan tinggi dalam tempoh singkat itu memberikan petunjuk bahawa kewujudan ikan asing di kawasan ini perlu diberi perhatian dan tindakan mitigasi berterusan.

Jelasnya, spesies invansif bersaiz besar itu merupakan ancaman kepada ikan tempatan seperti lampam sungai, tapah, tengalan dan baung tempatan.

Dalam pada itu, DOF telah melaksanakan pelbagai usaha berkaitan isu ikan asing termasuk program kesedaran kepada komuniti serta inventori sumber perikanan darat bagi mengenal pasti kewujudan dan taburan spesies ikan asing.