KUALA LUMPUR - Kualiti udara di 11 kawasan di seluruh negara berada pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini dengan Sarawak mencatatkan bilangan lokasi terjejas tertinggi.
Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Samarahan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) paling tinggi, iaitu 183, diikuti Serian (182), Kuching (176), Sarikei dan Sri Aman (158), manakala Mukah dan Sibu masing-masing mencatat bacaan 152.