Dua maut helikopter tentera AS terhempas

Iklan
Dua individu maut selepas sebuah helikopter Apache milik tentera AS terhempas di tengah Texas. Gambar Agensi

NEW YORK - Dua individu maut selepas sebuah helikopter Apache milik tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas di tengah Texas pada Rabu, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Helikopter itu terhempas di Salado, Texas kira-kira 1.35 tengah hari waktu tempatan dan kedua-dua juruterbangnya disahkan maut, kata jurucakap Pejabat Syerif Bell County, Cliff Coleman.

Iklan
Iklan

Pihak tentera memaklumkan pesawat berkenaan ialah helikopter penyerang AH-64 Apache yang berpangkalan di Fort Hood berhampiran, sebuah pangkalan utama Tentera Darat AS.

Kebakaran hutan yang tercetus akibat nahas itu memaksa beberapa kediaman dikosongkan.

Iklan

Coleman berkata, helikopter itu tidak merempuh sebarang struktur atau orang awam.

Pihak berkuasa berkata, siasatan mengenai insiden itu telah dimulakan, manakala operasi tindak balas kecemasan sedang dijalankan.- Bernama-Xinhua

Iklan