DAP timbang rakan atau beban?
Iklan
Persidangan Kebangsaan DAP pada 16 Ogos depan akan menentukan hala tuju parti itu dalam Kerajaan Perpaduan. Gambar kecil: Kuok Tiung (kiri) dan Ariff Aizuddin
PERSIDANGAN Kebangsaan DAP pada 16 Ogos depan dilihat bukan sekadar medan untuk menentukan sama ada parti itu kekal atau meninggalkan Kerajaan Perpaduan.
Keputusan berkenaan dijangka menjadi titik penting untuk DAP menghitung semula nilai strategik setiap rakan politik yang bakal dibawa ke medan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).