Tangani serangan bersenjata di sekolah
Iklan
Shahul Hamid
PUTRAJAYA – Sekolah perlu mempunyai prosedur khusus dan latihan berkala bagi menghadapi ancaman atau serangan bersenjata susulan beberapa insiden keganasan melibatkan pelajar dan guru sejak kebelakangan ini.
Pakar kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim berkata, prosedur berkenaan tidak seharusnya dilihat sebagai persediaan kerana menganggap serangan bersenjata pasti berlaku, sebaliknya menjadi sebahagian daripada pelan keselamatan dan pengurusan kecemasan sekolah.