Anwar pulang ke rumah selepas pembedahan

Iklan
Anwar - Foto: FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang ke kediamannya petang tadi selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar memuat naik gambar beliau sedang membaca buku dengan kapsyen"Alhamdulillah, back home”, yang menggambarkan beliau telah kembali di rumah.

Iklan
Iklan

Terdahulu, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata Anwar dijangka dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas menjalani rawatan.

Pada Isnin, Anwar dilaporkan selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia) dan berada dalam pemantauan rapi pasukan pakar perubatan. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan