Syida Melvin, Syafiq Shaheen bercerai talak satu, ikatan 7 tahun terlerai

Iklan
Syida Melvin sah berpisah dengan dengan Syafiq Shaheen di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.

PELAKON dan usahawan, Syida Melvin sah berpisah dengan dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.

Syafiq melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Norul Aina Bahari, pada jam 9.25 pagi.

Iklan
Iklan

Peguam syarie yang mewakili Syida, Nurul Jamaliah berkata, prosiding berjalan dengan baik dan anak guamnya akan melalui tempoh iddah sehingga tiga kali suci bermula hari ini.

Bagaimanapun, isu penjagaan anak dan nafkah ketika ini sedang diteliti.

Iklan

"Hadanah dan nafkah mungkin akan difailkan selepas ini. Perlu tunggu beberapa dokumen yang akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah," kongsinya.

Syida atau nama penuhnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, memfailkan perceraian terhadap Syafiq sejak Disember tahun lalu.

Iklan

Terdahulu, Syida dan Mohamad Syafiq yang merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid berkahwin pada 19 Januari 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa. - SinarPlus