Pemandu maut kemalangan empat lori

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa dalam kemalangan di Kilometer 73.3, Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara), Kluang pada Selasa.

KLUANG - Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan melibatkan empat buah lori di Kilometer 73.3, Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara) jam 11.15 pagi pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa yang berusia 31 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian berlaku apabila mangsa tidak sempat memberhentikan lorinya ketika kesesakan jalan raya lalu melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kiri.

“Perlanggaran itu mengakibatkan mangsa parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Iklan

Dua yang cedera merupakan seorang lagi pemandu lori dan kelindannya manakala dua lagi pemandu lori tidak cedera.

“Mereka dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk tindakan lanjut,” katanya.

Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.