ISTANBUL - Bekas Presiden Syria Bashar al-Assad dijatuhi hukuman mati tanpa kehadiran tertuduh oleh sebuah mahkamah jenayah di Damsyik pada Selasa selepas disabitkan atas kesalahan pembunuhan terancang, penyeksaan, penahanan sewenang-wenang dan jenayah terhadap kemanusiaan, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik agensi berita SANA.
Hakim Al-Aryan dari Mahkamah Jenayah Keempat di Damsyik berkata keterangan saksi membuktikan peranan Assad dalam jenayah berkenaan selaku"pembuat keputusan tertinggi” dan beliau menggunakan institusi negara untuk memudahkan pelaksanaan jenayah itu.