'Penyatuan Melayu perlu diutamakan, bukan sasaran menang banyak kerusi' - Syed Ali
Iklan
Syed Ali berkata, perkembangan permuafakatan politik antara UMNO dan PN yang diterjemahkan menerusi PRN Johor dan Negeri Sembilan baru-baru ini, menunjukkan ruang ke arah kerjasama politik masih terbuka luas.
KUALA LUMPUR - Kerjasama antara parti politik, khususnya UMNO-Barisan Nasional (BN), perlu mengutamakan agenda penyatuan orang Melayu dan umat Islam, bukan semata-mata berasaskan matlamat memenangi sebanyak mungkin kerusi pada pilihan raya, terutamanya di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berpandangan, pemimpin parti politik termasuk UMNO menerusi BN, Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) perlu jujur meletakkan kepentingan masyarakat Melayu dalam menentukan hala tuju politik masing-masing.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, prasangka dan prejudis antara parti hanya akan menggagalkan usaha membentuk permuafakatan politik yang berkekalan.
Syed Ali berkata, sebagai contoh, sekiranya BN dan PH hanya menyasarkan untuk memenangi kesemua 28 kerusi DUN di Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, usaha ke arah penyatuan Melayu tidak akan menjadi realiti.
Iklan
Menurutnya, perkiraan mengenai laba politik semasa yang melebihi kepentingan jalur permuafakatan antara parti hanya akan menjadikan agenda Melayu sekadar retorik yang akhirnya merugikan bangsa itu sendiri.
"Jika UMNO dan PH bertegas untuk bertanding di kesemua kerusi di Melaka dengan keyakinan menggunung manakala Pas pula berkeras untuk menguasai semua kerusi DUN di Kelantan, Terengganu dan Kedah tanpa kompromi dengan rakan dalam permuafakatan politik, maka kesatuan umat Melayu tidak akan kekal lama dan akan terus berantakan," katanya.
Iklan
Sehubungan itu, Syed Ali berharap kebergantungan orang Melayu dan umat Islam dapat diterjemahkan menerusi persefahaman gabungan yang benar-benar ikhlas dan realistik, khususnya membabitkan BN dan PN tanpa dibebani"kesombongan politik".
Bagaimanapun beliau berkata, perkembangan permuafakatan politik antara UMNO dan PN yang diterjemahkan menerusi PRN Johor dan Negeri Sembilan baru-baru ini, menunjukkan ruang ke arah kerjasama politik masih terbuka luas.
"Saya berpendirian tegas bahawa keterbukaan ke arah permuafakatan politik masih terbuka luas dan kemungkinan untuk ia berlaku juga ada," katanya.
Syed Ali yang juga bekas Ahli Dewan Negara berkata, penyatuan politik perlu dibina berasaskan keikhlasan, realistik dan kepentingan umat, bukannya semata-mata berdasarkan perkiraan kemenangan pilihan raya. - Awani
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.