RUU Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 dijangka diluluskan esok

Iklan
Mohamed Fadzli pada Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Keempat DUN Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, pada Selasa.

KOTA BHARU - Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 dibentang pada Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, pada Selasa.

RUU berkenaan bagi menggantikan 16 Seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) (I) Kelantan 2019 yang dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan tahun lalu.

Iklan
Iklan

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, RUU tersebut dijangka diluluskan pada Rabu dan berjalan lancar termasuk mengambil kira sokongan ketua pembangkang.

"Hari ini kita habiskan perbahasan, kemudian esok digulung dan kemudian uruskan. Diundi dan diluluskan, Insya-ALLAH," katanya.

Iklan

Beliau telah membawa usul tersebut untuk dibentangkan sebelum mendapat sokongan Exco Pembangunan Islam, Dakwah Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud.

Sementara itu, Mohamed Fadzli berkata, RUU berkenaan digubal dengan penelitian mendalam dan tidak dibuat secara tergesa-gesa, malah mengambil masa lebih dua tahun.

Iklan

Ujar beliau, ia bagi memastikan kandungannya berada dalam bidang kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Ahli-ahlinya terdiri daripada pakar-pakar, termasuk mantan Penasihat Undang-Undang kita, pakar-pakar undang-undang, peguam, ahli akademik, Mufti dan ulama-ulama. Kita mengambil masa dua tahun, lebih dua tahun supaya ia dalam bidang kuasa kita," katanya.

.