Air telaga bergerak sendiri, misteri belum terungkai

Iklan
Fenomena luar biasa (air telaga bergerak sendiri) itu berlaku beberapa kali pada waktu berbeza pada minggu lalu. - Foto Agensi

GANDHINAGAR - Sebuah telaga di perkampungan Virparda, daerah Morbi di Gujarat, India sekali lagi menjadi tumpuan selepas air di dalamnya dilihat bergerak sendiri.

Menurut penduduk setempat, fenomena luar biasa itu berlaku beberapa kali pada waktu berbeza pada minggu lalu.

Iklan
Iklan

Kejadian itu menarik perhatian ramai penduduk yang kemudiannya berkumpul berhampiran telaga semata-mata mahu menyaksikan pergerakan air tersebut.

Punca sebenar kejadian masih belum diketahui. Sesetengah penduduk mengaitkannya dengan keadaan seismik di kawasan berkenaan memandangkan Morbi pernah mengalami aktiviti gempa bumi sebelum ini.

Iklan

Bagaimanapun, pihak berkuasa belum mengeluarkan penjelasan rasmi.

Pemungut Daerah dan Majistret Morbi, Swapnil Khare berkata, pasukan dari Gandhinagar telah dihantar ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut.

Iklan

“Tiada petunjuk mengenai sebarang aktiviti berkaitan gempa dan saya menggesa orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin,” katanya sambil menambah terdapat spekulasi mengenai kemungkinan kebocoran gas, namun pasukan penyiasat masih belum mengambil sampel air untuk dianalisis.

Menurutnya, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan hanya berdasarkan video tanpa penilaian saintifik yang sewajarnya.

“Maklumat yang telah disahkan akan dikongsikan selepas siasatan selesai,” ujarnya lagi. - Agensi